Kem Cuti Sekolah (Mengarang Pengalaman Cuti Sekolah Menggunakan Ms. Word)
10 Disember 2018 | Aktiviti TerkiniPada 09 Disember 2018, Pusat Internet PPR Batu Gong telah melaksanakan satu lagi kelas khusus untuk kem cuti sekolah pada kali ini. Objektif kelas ini dilaksanakan adalah untuk mengulangkaji fungsi dan penggunaan Ms. Word dalam penghasilan karangan. Di samping itu, hasil karangan tersebut juga akan dimuat naik ke dalam blog masing-masing di Portal e-kelas. Seramai 5 orang peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1,2 dan 3 telah mengikuti kelas pada kali ini. Selain penggunaan Ms. Word, mereka juga digalakkan untuk menggunakan medium yang terdapat di internet untuk mencari sumber inspirasi. Dalam masa sama, mereka didedahkan dengan penggunaan google chrome untuk mencari maklumat yang tepat dan boleh dipercayai.
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program di jalankan:
• Pendaftaran peserta
• Penerangan kepada aktiviti yang dijalankan di Portal E-kelas
• Peserta mencari sumber inspirasi menggunakan pelbagai medium di internet
• Peserta mengarang pengalaman mereka sepanjang cuti sekolah
• Bersurai
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: